Sejarah Kumpulan Triplenoize

TripleNoize menjejak kaki ke dalam industri muzik Singapura dengan menyertai pertandingan Talentime pada tahun 2001.[4][5][6] Setelah diminati ramai anak anak muda Singapura ketika itu, mereka menghasilkan album pertama mereka yang berjudul From Where We Sit pada 22 Jun 2002, yang mana ia telah terjual sebanyak 3,500 unit.[7] Single pertama mereka yang berjudul "Mak Minah" telah mendapat perhatian di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Dengan lagu itu juga, populariti mereka semakin dikenali di antara 3 negara itu.[8] Mereka juga terkenal menerusi lagu "Sway" nyanyian asal Michael Bublé, yang mana lagu itu dipersembahkan dalam versi hip hop.[9] Album kedua dan terakhir mereka, Noizy FM dikeluarkan pada 2004.[10][11][12][13] Setelah mereka berpisah, mereka kembali semula secara sambilan dengan lagu "Seruling Lebaran" pada 2012 dan "Bonda" pada 2014. Menerusi kedua-kedua lagu ini, mereka berduet bersama Aqustiqa dan Mawar Berduri, bekas ahli kumpulan Ahli Fiqir.[2]

Setelah 17 tahun tidak mengeluarkan album, TripleNoize kini kembali dengan single terbaru "I’m Sorry" tetapi mereka kini berdua tanpa Iswady atau lebih dikenali sebagai Dusty-Dii. Mereka akan mengeluarkan single demi single sehingga album terakhir mereka yang dinamakan The Grand Finale.